Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Fantasi Buat Dissidia: Final Fantasy NT Diumumkan Oleh Square-Enix Dan Amazon
Artikel Berkaitan

Kejohanan Fantasi Buat Dissidia: Final Fantasy NT Diumumkan Oleh Square-Enix Dan Amazon

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Bagi pemain yang membuat pra-tempahan permainan Dissidia: Final Fantasy NT di Amazon, anda kini berpeluang untuk menyertaikan kejohanan fantasi buat permainan tersebut. Tambahan juga, bagi mereka yang membuat pra-tempahan di Amazon, Square-Enix juga akan menyertakan pernambahan DLC ekslusif senjata Nail Bat buat watak Cloud Strife.

Dengan setiap pra-tempahan permainan tersebut, pemain berpeluang untuk menyertai kejohanan fantasi permainan Dissidia: Final Fantasy NT yang mana ia akan berlangsung pada 17 Januari ini. Bagi pemain yang memilih kurungan kejohanan yang sempurna, pemain akan berpeluang untuk memenangi kabinet arked khas permainan Dissidia: Final Fantasy NT bersama pelbagai lagi hadiah-hadiah lain.

Dissidia Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan fantasi permainan Dissidia: Final Fantasy NT dan membuat pra-tempahan melalui Amazon, anda boleh melayari laman rasmi kejohanan tersebut di bawah.

Laman Rasmi Kejohanan Fantasi : Dissidia: Final Fantasy NT