Sejak pelancaran Kinect buat konsol Xbox 360 pada 2010 lepas, terdapat pelbagai permainan dan fungsi yang dibina bersama konsol tersebut untuk kegunaan dari segi kawalan secara pergerakkan dan sebagainya. Kini, Microsoft akhirnya mengumumkan bahawa mereka kini memberhentikan jualan aksesori penyuai buat Kinect.

Aksesori tersebut merupakan satu penyuai yang mana ia dapat menyambungkan perkakas Kinect kepada Xbox One S, Xbox One X dan PC yang mana peranti tersebut tidak mempunyai picu proprietari Kinect.

Selain itu, pada Oktober lepas Microsoft juga memberhentikan produksi bagi perkakas Kinect sekaligus perkakas tersebut kini sememangnya dimatikan oleh Microsoft.

Sohor Kini