genDesign, iaitu sebuah syarikat pembangunan permainan video The Last Guardian yang diketuai oleh Fumito Ueda, dimana beliau terkenal dengan arahan permainan olehnya seperti Shadow of the Colossus dan ICO, kini tampaknya sedang memperacahkan sesuatu yang baru di laman rasmi mereka sempena tahun baru.

Selain ucapan tahun baru, genDesign tampaknya memaparkan imej yang menunjukkan seorang gadis yang duduk di atas mazbah dengan beberapa ekor burung yang berterbangan dan seperti seekor raksasa yang berada di sebelah kanan imej tersebut.

Namun buat masa ini, genDesign masih belum menyatakan sebarang kenyataan rasmi berkenaan imej tersebut dan watak gadis tersebut sememangnya menyerupai watak Mono daripada Shadow of the Colossus dan Yorda daripada ICO. Namun, ia juga mungkin watak baru daripada permainan baru oleh mereka. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini informasi lanjut setelah genDesign mengumumkannya kelak.

Sohor Kini