Informasi Permainan Video Terkini
One-Punch Man Musim Kedua Akan Hadir Pada April 2019

One-Punch Man Musim Kedua Akan Hadir Pada April 2019

Diterbitkan pada Dis 27, 2018 oleh .

One-Punch Man adalah satu siri anime yang lain daripada yang lain. Ia juga merupakan anime pertama yang pernah saya tonton dan pendapat saya ianya sangat menarik dan penuh dengan aksi dan misteri pada watak utama – Saitama.

One-Punch Man musim pertama kali pertama diterbitkan adalah tiga tahun lalu. Musim baru sudah dinantikan sejak tamatnya musim pertama dan sudah banyak berita dan penangguhan buat One-Punch musim kedua, akhirnya video acah boleh ditonton dan tarikh tayangan sudah diketahui. One-Punch Man musim kedua akan ditayangkan di platform penstriman Amerika Syarikat bermula April 2019. Untuk tayangan global, ia mungkin akan tiba di Netflix – tetapi tiada sebarang pengumuman lagi.

Adakah dalam musim kedua One-Punch Man ini Genos akan ketahui rahsia sebenar One-Punch Man jadi manusia paling kuat? Siapakah musuh utama kali ini dan bagaimana agaknya aksi Saitama? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN