XX Ray adalah filem sains fiksyen Malaysia arahan Aziz M. Osman. Filem pertama XX Ray adalah pada tahun 1992. Kemudian, sekuelnya XX Ray 2 ditayangkan pada tahun 1995. Filem XX Ray ini membawa pelakon seperti Aziz M. Osman sendiri, Jalaluddin Hassan, Osman Kering dan ramai lagi.
https://youtu.be/DkeV5jiFt6E
Kini, selepas 24 tahun sekuel baru untuk filem XX Ray diteruskan dengan XX Ray 3. XX Ray 3 membawakan pelakon Izzue Islam, Nonny Nadirah, Saiful Apek dan juga pelakon asal filem XX Ray sendiri Jalaluddin Hassan dan Aziz M. Osman. Filem ini mengisahkan tiga remaja yang ingin selamatkan kerajaan Malaysia daripada seorang taikun dan turut sedar yang mereka juga perlu menyelamatkan bumi dan sistem solar.
Filem ini akan ditayangkan pada 24 Januari 2019, jadi bagi siapa yang berminat dan ingin saksikan filem ini – lebih kurang sebulan sahaja lagi tarikh tayangannya.