Men In Black (MIB) adalah filem yang mengisahkan satu agensi yang menguruskan makhluk asing yang tiba ke bumi. Filem ini turut terkenal dengan dua orang ejen yang handal iaitu Agent K dan Agent J. Agent K dilakonkan oleh Tommy Lee Jones dan Agent J pula adalah lakonan Will Smith.

Selepas tiga filem MIB kita saksikan dan yang ketiga itu sudah pun berumur enam tahun sudah sampai masa untuk filem yang seterusnya – iaitu Men In Black: International. Filem ini menempatkan MIB di United Kingdom dan watak dalam filem ini dipegang oleh Thor dan Valkyrie, gandingan pasangan dari Thor: Ragnarok iaitu Chris Hemsworth dan Tessa Thompson sebagai Agent M dan Agent H. Jika Agent K dan Agent J adalah MIB di Amerika Syarikat, Agent M dan Agent H adalah ejen di United Kingdom.

Filem ini mengisahkan Agent M dan Agent H yang akan bekerjasama untuk selesaikan misteri pembunuhan makhluk asing. Kemudian turut terlihat adalah Liam Neeson yang wataknya masih tidak diketahui. Berdasarkan video acah, Agent M dilihat menggantikan tugas Liam Neeson sebagai rakan kerja Agent H. Filem ini akan ditayangkan pada tahun 2019.

Sohor Kini