Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Baru Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal
Artikel Berkaitan

Ini Adalah Video Acah Baru Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Diterbitkan pada Dis 20, 2018 oleh .

Les’ Copaque adalah studio yang menghasilkan animasi 3D Upin & Ipin. Ia terkenal di kalangan kanak-kanak kerana pengajarannya yang terdapat dalam animasi ini. Dengan kejayaan animasi ini, Les’ Copaque hadir dengan filem pertama Upin & Ipin – Geng: Pengembaraan Bermula pada tahun 2011. Kemudian pada tahun 2016, Les’ Copaque hadir dengan filem aksi-nyata Upin & Ipin melalui filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng.

Untuk tahun 2019, Les’ Copaque akan membawakan filem baru Upin & Ipin dengan judul – Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Dua bulan lalu video acah sudah pun diperlihatkan, hari ini mereka hadir dengan video acah baru.

Melalui video acah ini, ia memperlihatkan pengembaraan Upin & Ipin bersama rakan-rakan di satu dimensi baru. Turut kelihatan adalah watak antagonis ajaib yang boleh berubah menjadi ribuan/jutaan ekor lebah. Turut kelihatan adalah elemen zaman dahulu memfokuskan keris, bomoh, istana dan di kawasan kampung.

Filem ini akan ditayangkan pada 21 Mac 2019, bagi yang berminat – ayuh tonton di panggung tahun depan dan sama-sama kita lihat nasib Upin & Ipin dan rakan-rakan mereka.


TIPS & ULASAN