Aladdin adalah satu animasi yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Ia adalah animasi daripada Disney dan mengisahkan seorang jejaka bernama Aladdin yang bertemu dengan satu jin yang bernama ‘Genie’. Sejak dua bulan lepas, kita tertanya – bagaimana rupa Genie, Jasmine dan watak-watak lain seperti Abu atau Jafar. Kita tahu Aladdin bagaimana dan kita tahu Genie itu adalah Will Smith, tapi bagaimana rupa mereka?
Hari ini, watak-watak ini telah diperlihatkan dan ianya di luar jangkaan orang ramai.
Aladdin dilakonkan oleh Mena Massoud, Jasmine pula dilakonkan oleh Naomi Scott yang sebelum ni berlakon sebagai Pink Ranger dalam filem Power Rangers. Kemudian kita lihat watak monyet yang terkenal, Abu, Will Smith sebagai Genie dan Marwan Kenzari sebagai Jafar. Sebaik sahaja gambar ini berada di arena web, ramai peminta mula terkejut – kenapa Aladdin memakai rompi dengan baju di dalam, sedangkan dalam animasi Aladdin terkenal dengan hanya memakai rompi. Genie pula, ramai terkejut kenapa tidak berwarna biru.
Perlu ingat, ini hanya gambar daripada salah satu babak buat filem ini. Kita tidak tahu lagi jalan cerita penuh filem ini. Untuk Genie, Will Smith sudah sahkan di Instagram beliau – penampilan beliau dalam filem ini kebanyakannya adalah berbentuk CGI dan berwarna biru. Gambar yang diterbit ini adalah bentuk manusia beliau sahaja.
Apa-apa pun, mari kita sama-sama nantikan sahaja filem ini yang akan ditayangkan pada 24 Mei 2019.