Siapakah Spider-Man? Mesti ramai yang akan menjawab Peter Parker. Ya, benar – Peter Parker adalah Spider-Man. Tetapi tahukah anda, bukan Peter Parker seorang sahaja yang mempunyai kuasa Spider-Man? Spider-Man adalah adiwira dalam dunia Marvel dan Marvel mempunyai banyak dimensi dan dunia berbeza. Salah satu daripadanya adalah dunia Miles Morales adalah Spider-Man.

Miles Morales adalah seorang remaja yang turut disengat oleh labah-labah radioaktif. Beliau mempunyai kuasa yang Spider-Man yang unik seperti menjadi lutsinar atau sarang dengan renjatan elektrik. Miles Morales adalah watak dalam filem baru Spider-Man: Into The Spider-Verse. Ia adalah satu animasi mengisahkan Miles Morales dan Peter Parker dari dunia lain. Filem ini dikatakan antara filem Spider-Man yang terbaik dan sudah memecah panggung melalui Box Office Mingguan. Spider-Man: Into The Spider-Verse mengutip $35.4 Juta iaitu sekitar RM148 Juta.

Dalam senarai mingguan Box Office, Spider-Man: Into The Spider-Verse berada di tempat pertama, ia adalah satu-satu animasi yang mencapai kejayaan sehingga tahap ini. Animasi lain seperti The Grinch dan Ralph Breaks the Internet berada di nombor tiga dan empat. Saya yang sudah menonton filem ini, turut rasa ia adalah antara filem Spider-Man yang terbaik. Dari segi plot, aksi, komedi dan pengajaran yang diberi.

Anda bagaimana, sudahkan anda tonton animasi Spider-Man ini? Jika sudah, adakah anda setuju di mana Spider-Man: Into The Spider-Verse adalah filem Spider-Man yang terbaik?

Sohor Kini