Skip to main content

Arrowverse adalah dunia DC untuk siri televisyen DC The CW. Ia memfokuskan pada watak Arrow, The Flash, Supergirl dan Legends of Tomorrow. Rentas-siri tahun ini adalah Elseworld, di mana ia mengisahkan realiti dalam dunia DC telah ditulis semula dan keadaan menjadi tunggang-terbalik seperti – Arrow adalah Barry Allen dan The Flash adalah Oliver Queen. Punca perkara ini terjadi disebabkan oleh watak antagonis The Monitor.

[warning] Amaran: Terdapat Beberan Mengenai Elsweworld Dalam Artikel Ini [/warning]

Keadaan realiti kini sudah kembali menjadi seperti sediakala dan semua ini terjadi selepas Arrow membuat perjanjian dengan The Monitor untuk pastikan Supergirl dan The Flash tidak mati akibat memecut pada kelajuan Mach 7 untuk memperlahankan masa di bumi. Sedutan terakhir episod Elseworld telah memperlihatkan Psycho Pirate yang mempunyai rancangan jahat dan akan bekerjasama dengan John Deegan.

Bagi yang tidak kenal siapa itu Psycho Pirate, beliau adalah penjahat dalam komik DC yang berkait dengan Crisis on Infinite Earth. Jadi, ini adalah petunjuk di mana episod rentas-siri akan datang adalah berkaitan dengan komik ini. Crisis On Infinite Earth adalah di mana The Flash mati seperti mana yang tercatat dalam surat khabar episod The Flash yang pertama. Kemudian, adegan episod akhir Elseworld turut memperlihatkan Batwoman (Ruby Rose) menghubungi Arrow untuk memberitahu Deegan kini berkawan dengan Psycho Pirate.

Tambahan lagi, rentas-siri Crisis On Infinite Earth – Legends of Tomorrow akan sertai episod ini kerana ia adalah satu episod rentas-siri mega buat Arrowverse seperti episod Crisis on Earth-X pada tahun lepas. Jadi, untuk saksikan The Flash, Supergirl, Arrow, Batwoman dan Legends of Tomorrow dalam rentas-siri Crisis On Infinite Earth – sama-sama kita nantikan tahun hadapan, sekitar November atau Disember 2019.

Leave a Reply