Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Akhir Alita Battle Angel

Ini Adalah Video Acah Akhir Alita Battle Angel

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Alita Battle Angel adalah satu filem aksi yang berlatarkan masa hadapan. Ia mempunyai tema yang futuristik, di mana manusia boleh menggantikan sebahagian dari tubuh badan mereka daripada robot, robot yang realistik atau juga robot yang mempunyai masa silam. Filem ini dihasilkan berdasarkan daripada komik jepun Battle Angel Alita. Semalam, Fox 20th Century – selaku penerbit buat filem ini hadir dengan video acah terakhir.

Menjadikan filem Alita Battle Angel ini menarik adalah ia dihasilkan oleh James Cameron yang membuat filem Avatar dan Robert Rodriguez yang membuat filem Sin City. Filem ini mengisahkan mengenai satu robot bernama Alita, yang bangkit dari ‘tidur’ tanpa memori siapakah diri beliau serta kini berada di dunia futuristik yang beliau tidak kenal. Ido, seorang doktor – mengambil Alita dan menjaga beliau. Alita kemudiannya bertemu dengan Hugo, seorang jejaka yang bijak pandai yang menawarkan Alita untuk mengembalikan semula memori Alita.

Mengejutkan Alita turut mempunyai kemampuan untuk mempertahankan diri yang hebat. Dengan kemampuan ini, Alita terpaksa bertempur dengan pihak yang korup dan bahaya yang berkait dengan kisah silam beliau.

Ia adalah satu filem aksi realiti yang menggabungkan dengan grafik 3D yang hebat, tampak realistik serta menarik. Bagaimana berakhirnya filem ini? Adakah memori Alita akan kembali? Berjaya atau tidak Alita bertempur dengan pihak musuh? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN