Informasi Permainan Video Terkini
Mysterio Bukan Watak Penjahat Dalam Spider-Man: Far From Home

Mysterio Bukan Watak Penjahat Dalam Spider-Man: Far From Home

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Spider-Man: Far From Home adalah sekuel buat Spider-Man: Homecoming. Tetapi, latar masa buat filem baru Spider-Man ini masih belum diketahui sama ada ia adalah sebelum Avengers: Infinity War atau Selepas Avengers: End Game.

Apa yang pasti, watak Quentin Beck atau lebih dikenali sebagai Mysterio akan terlibat dalam filem ini. Mysterio akan dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal. Mysterio dalam komik Marvel adalah watak antagonis dan salah seorang daripada musuh Spider-Man. Mengejutkan, dalam filem Spider-Man: Far From Home – Mysterio akan sepasukan bersama-sama dengan Spider-Man, bukannya bermusuh. Kedua-dua Mysterio dan Spider-Man menjadi satu pasukan, disebabkan oleh Nick Fury. Nick Fury rekrut Mysterio kerana Mysterio faham akan kuasa musuh sebenar iaitu Elementals. Kemudian, Spider-Man pula direkrut kerana hanya beliau adalah adiwira yang berada di Eropah (sedang bercuti) dan Elementals pula berada di lokasi yang sama.

Bagi yang tidak mengenali Elementals, mereka adalah satu pasukan yang mempunyai kuasa sihir berdasarkan elemen semula jadi dan mempunyai satu batu kuasa Ruby Scarab. Elements sudah pun lesap dari bumi pada zaman dahulu kala dan hanya muncul selepas zaman moden apabila batu kuasa Ruby Scarab dicari oleh penjahat.

Menariknya, laporan mengatakan Peter Parker akan memakai sut baru yang dinamakan Stealth Suit. Ia diberikan oleh S.H.I.E.L.D kerana Peter tidak membawa sut rasmi beliau. Hanya kemudian sahaja baru Peter menyarung sut baru dengan tema merah-hitam.

Bagaimanakah pasukan Mysterio dan Spider-Man di dalam filem ini? Adakah Mysterio akan kekal baik atau akan ada plot twist di mana Mysterio akan menjadi jahat kerana itu adalah watak semula jadi beliau? Sama-sama kita nantikan video acah yang akan dikeluarkan tidak lama lagi dan tayangan filem ini tahun hadapan.

Sumber: Comicbook [1], [2], [3]


TIPS & ULASAN