Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Mengumumkam Anime Ghost In The Shell Baharu Pada Tahun 2020

Netflix Mengumumkam Anime Ghost In The Shell Baharu Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Ghost in The Shell ialah animasi mahakarya Mamoru Oshii berdasarkan manga terkemuka Masamune Shirow. Aksi pantas, tema robot dan perang siber GiTS ini menjadi ikutan filem barat seperti The Matrix. Impaknya terhadap dunia perfileman tidak boleh disangkal lagi. Filem aksi nyata lakonan Scarlett Johansson pula dikeji peminat kerana mengubah jalan cerita asal.

Bagi peminat yang mahukan filem terbaru GiTS, ia bakal hadir menerusi Netflix pada tahu 2020. Filem animasi terbaru Ghost in the Shell: SAC_2045 ini diumumkan oleh Netflix pada hujung minggu lalu. Ia akan diarahkan oleh pengarah filem animasi Appleseed Shinji Aramaki dan GiTS : Stand Alone Complex Kenji Kamiyama. Dengan dua pengarah yang arif dengan karya Masamune Shirow ini, diharap kualiti Ghost in the Shell: SAC_2045 tidak akan mengecewakan peminat-peminat tegar.


TIPS & ULASAN