Informasi Permainan Video Terkini
5 Filem Menarik Sepanjang Bulan Disember 2018

5 Filem Menarik Sepanjang Bulan Disember 2018

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

Sekarang sudah pun bulan Disember dan pasti ramai yang tidak sabar untuk bulan ini berakhir. Tahun hadapan, akan terdapat banyak filem yang ramai nantikan seperti – Captain Marvel atau pun Avengers 4. Tetapi sebelum kita akhiri bulan Disember ini, mari kita lihat apakah filem menarik bulan Disember 2018. Berikut adalah 5 filem yang kami rasa menarik;

1. Mortal Engines

Kami belum pernah lagi lapor apa-apa maklumat mengenai filem ini di Aksiz. Tetapi, kami rasa filem ini menarik – kerana ia dihasilkan oleh mereka yang hasilkan The Lord of The Rings dan The Hobbit.

Filem ini mengisahkan Hester Shaw yang menyertai pasukan Anna Fang, iaitu seorang yang diburu ramai dengan ganjaran dan Tom Natsworthy iaitu seorang yang terbuang dari London. Mereka adalah pasukan yang memberontak terhadap satu bandar bergerak. Ia sudah pun ditayangkan bermula hari ini 6 Disember 2018.

2. Aquaman

Aquaman adalah salah satu siri untuk filem dunia DCEU. Di mana watak utama berkait dengan Justice League. Filem ini turut menjadi salah satu peminat DC baik dari komik, siri TV atau filem-filem.

Filem ini mengisahkan Arthur Curry/Aquaman yang dilakonkan oleh Jason Momoa. Dalam filem ini, Arthur mula mengetahui kisah hidup beliau – di mana beliau adalah kerabat diraja lautan Atalntis. Jadi, beliau sedar tugas sebagai seorang kerabat dan perlu melindungi bukan sahaja dunia lautan – tetapi juga dunia biasa sebagai seorang adiwira. Filem ini akan ditayangkan bermula minggu hadapan 12 Disember 2018.

3. Bumblebee

Bumblebee adalah watak dalam siri filem Transformers. Untuk filem Bumblebee, ia adalah prekuel buat semua siri Transformers kerana latar masanya adalah pada tahun 80-an. Menariknya, kesemua rekaan Transformers dalam filem ini adalah berdasarkan Transformers G1.

Filem ini mengisahkan Bumblebee, ia itu robot yang dalam pelarian. Kemudian, Charlie yang dilakonkan oleh Hailee Steinfield yang baru sahaja capai umur 18 tahun – menemui Bumblebee. Dalam filem ini, pasukan Autobots akan melindungi Bumblebee dari antagonis Decepticon dan manusia. Filem ini akan ditayangkan pada 20 Disember kelak.

4. Dragon Ball Super: Broly

Dragon Ball Super: Broly adalah filem anime terbaru untuk siri Dragon Ball. Filem ini, dari tajuk sudah jelas – berkait dengan watak Broly. Ia mengisahkan kisah silam Broly.

Selain daripada Broly, filem ini turut akan menceritakan kisah silam Goku dan Vegeta serta kisah bagaimana Freiza bertemu dengan Saiyan. Goku dan Vegeta turut akan bertempur dengan Broly, di mana Broly adalah salah satu pahlawan Saiyan yang hebat. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 27 Disember 2018.

5. Spider-Man: Into The Verse

Filem terakhir dalam senarai yang menjadi pilihan kami adalah Spiderman: Into The Verse. Filem ini bukan filem aksi-nyata, tetapi adalah satu animasi 3D ala permainan video The Walking Dead oleh Telltale Games.

Filem ini mengisahkan Miles Morales sebagai Spider-Man. Miles Morales adalah Spider-Man dalam dunia lain. Tetapi, dalam filem ini satu dimensi terbuka dan Peter Parker yang dewasa masuk ke dunia Miles Morales. Tugas sebagai adiwira labah-labah ini untuk melindungi dunia dari musuh yang muncul dari dimensi lain. Filem ini sudah mula ditayangkan hari ini iaitu 6 Disember 2018.

Jadi, itu sahaja senarai 5 filem menarik dari Aksiz. Apakah pendapat anda dengan artikel seperti ini? Ada filem lain yang anda rasa patut kami masukkan dalam senarai ini? Ikuti kami di Aksiz untuk membaca lebih banyak artikel seperti ini.


TIPS & ULASAN