Informasi Permainan Video Terkini
Blade Runner Akan Hadir Dalam Bentuk Anime Untuk Tayangan Amerika Syarikat

Blade Runner Akan Hadir Dalam Bentuk Anime Untuk Tayangan Amerika Syarikat

Diterbitkan pada November 30, 2018 oleh .

Anime adalah animesi gaya Jepun. Zaman Netflix yang sedang popular sekarang, banyak siri TV terkenal atau filem yang diubah jadi versi anime – jadi mungkin tidak salah bagi siri Blade Runner untuk hadir dengan anime mereka.

Tetapi sayang sekali, anime Blade Runner ini dikatakan hanya untuk tayangan Amerika Syarikat melalui Adult Swim dan Crunchyroll sahaja. Filem terkini Blade Runner adalah Blade Runner 2049 yang dilakonkan oleh Ryan Gosling pada tahuun 2017. Ryan melakonkan watak ‘K‘ dan filem dilihat mendapat sambutan yang baik sehingga skor IMDB adalah 8/10.

Bagi yang tidak tahu apa itu Blade Runner, Blade Runner adalah polis yang ditugaskan untuk membunuh atau memastikan replicants (klon/manusia dilahir semula dalam bentuk Android) ‘bersara‘. Bersara dalam filem ini bermaksud bunuh. Latar masa filem Blade Runner adalah di masa hadapan. Untuk siri anime ini, tidak pasti bagaimana jalan ceritanya, watak utama atau lain-lain. Animasi Blade Runner kali terakhir dilihat adalah ‘Blade Runner 2022‘ yang mana latar masanya adalah sebelum Blade Runner 2049.

Nantikan di Aksiz untuk berita lanjut mengenai anime Blade Runner atau lain-lain berita/kemaskini/laporan mengenai permainan video atau filem dan animasi.


TIPS & ULASAN