Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mempertontonkan Video Acah Venom Berbentuk Komedi Romantik

Sony Mempertontonkan Video Acah Venom Berbentuk Komedi Romantik

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Venom adalah musuh kepada Spider-Man. Ia adalah sejenis symbiote dari angkasa lepas, yang mendapat kuasa Spider-Man dan kemudian memasuki badan Eddie Brock. Tetapi, dalam filem Venom oleh Sony – watak Venom dilihat sebagai pasukan adiwira Eddie Brock X Venom. Venom ya, kelihatan ganas – tetapi watak dalam filem ini, Venom adalah adiwira dan baik hati.

Sebagai promosi untuk filem Venom dalam bentuk Blu-Ray dan salinan digital, Sony hadir dengan satu video acah yang disunting menjadikan filem ini sebagai satu filem romentik komedi. Jika anda teliti, ia sedikit menggelikan hati dan aneh. Apa pendapat anda?


TIPS & ULASAN