Informasi Permainan Video Terkini
Paramount Pictures Berkongsi Mengenai Rekaan Transformers G1 Dalam Filem Bumblebee

Paramount Pictures Berkongsi Mengenai Rekaan Transformers G1 Dalam Filem Bumblebee

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Bumblebee adalah filem terbaru dari Paramount Pictures yang mana merupakan filem sampingan buat siri Transformers. Ia juga boleh dikatakan adalah prekuel, kerana latar masa filem ini adalah pada tahun 80-an iaitu masa sebelum semua siri Transformers yang sudah ditayangkan.

Seperti yang semua sudah ketahui, filem Bumblebee menggunakan rekaan Transformers G1 – iaitu rekaan klasik Transformers pada zaman dahulu yang hadir dalam siri animasi. Paramount Pictures turut mengatakan di mana, rekaan Transformers ini adalah yang asli – Autobots adalah kenderaan darat dan Decepticon adalah dari pelbagai jenis pesawat. Dalam video yang dikongsikan, turut memperlihatkan tambahan reja filem Optimus Prime yang tiada dalam video acah sebelum ini. Menarik sekali, ia turut memperlihatkan watak Arcee dan Cliffjumper – walaupun tidak begitu jelas, tetapi yang pasti itu adalah robot kereta merah serta robot merah jambu wanita dalam siri Transformers.

Bumblebee akan ditayangkan pada 21 Disember 2018 dan filem ini dibintangi oleh Hailee Steinfeld (Pitch Perfect 3) dan John Cena. Walaupun tidak lagi diarahkan oleh Michael Bay, beliau masih lagi terlibat sebagai penerbit bersama-sama dengan veteran filem Transformers seperti Lorenzo di Bonaventura dan Steven Spielberg sebagai penerbit eksekutif.


TIPS & ULASAN