Figura Edisi Terhad Filem XX Ray III Sedia Untuk Di Pra-Tempah

Filem fiksyen sains XX Ray III akan hadir ke layar perak pada 24 Januari 2019. Kesinambungan kepada XX Ray II yang dinantikan lebih dua puluh tiga tahun yang lalu. Sempena tayang filem terakhir di dalam trilogi ini, figura aksi Prof Amir Hamzah telah ditawarkan.

Hanya dua ratus figura ini akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga RM 149.90. Setiap figura akan mempunyai nombor siri dan sijil keaslian. Namun begitu kami merasakan harga jualannya adalah terlalu mahal bagi figura yang tidak mempunyai anggota yang boleh digerakkan dan kelihatan seperti sebuah projek cetakan 3D buatan sendiri

.Tetapi sekiranya anda seorang peminat tegar Aziz M Osman dan mahukan memorabilia filem Malaysia yang jarang ditawarkan, sila ke pautan di bawah.

Sohor Kini