Jika anda mengikuti acara E3 pada tahun 2009 lepas, anda pasti mengetahui berkenaan permainan yang bernama Agent, iaitu ianya adalah permainan esklusif untuk Playstation 3 yang dibangunkan oleh Rockstar Games, diumumkan ketika persidangan Sony.
Namun, setelah 9 tahun, tampaknya Rockstar Games akhirnya kini mengabaikan permainan tersebut dimana tanda dagang Agent buat permainan tersebut tidak lagi diperbaharui oleh mereka. Melalui senarai tanda dagang tersebut, ianya ditulis sebagai tanda dagang tersebut tidak lagi aktif. Untuk senarai tanda dagang tersebut, anda boleh melayari laman rasmi United State Patent And Trademark Office.
Permainan tersebut sebelum ini hanyalah diumumkan ketika acara E3 tersebut dan sebarang informasi lanjut mahupun paparan skrin permainan tersebut tidak dikongsikan oleh Rockstar Games mahupun Take-Two.
Walaupun begitu, senarai permainan tersebut masih lagi tersenarai di laman rasmi Rockstar Games, namun ianya tidak dikemaskini dan platform yang tersenarai masih lagi di Playstation 3.
Meskipun begitu, Rockstar Games tidak mengumumkan sebarang informasi berkenaannya dan mungkin pada masa akan datang mereka akan membawa kembali permainan tersebut. Namun dengan tanda dagang ‘Agent’ telah pun tamat, kami berasa ianya mungkin diabaikan secara langsung.