Informasi Permainan Video Terkini
Ingat Lagi ‘Lion King’? – Ini Adalah Video Acah Filem Aksi-Nyata ‘Lion King’

Ingat Lagi ‘Lion King’? – Ini Adalah Video Acah Filem Aksi-Nyata ‘Lion King’

Diterbitkan pada November 23, 2018 oleh .

Lion King adalah satu animasi mengisahkan Simba, seekor anak singa yang terpedaya dengan tipu helah pakciknya Scar. Scar menipu Simba dengan memberitahu Mufasa iaitu bapa Simba mati kerananya. Simba kemudian larikan diri dek kerana kecewa, putus asa serta rasa bersalah. Jadi, makin lama Simba sedar siapa diri beliau, pelajari kisah sebenar dan mengetahui tanggungjawab beliau.

Animasi ini ditayangkan pada tahun 1994, kini selepas 24 tahun Disney hadir dengan video acah Lion King baharu. Lion King baharu ini adalah filem aksi-nyata Lion King. Menarik dengan filem ini, suara Mufasa masih kekal sama iaitu James Earl Jones – yang turut terkenal dengan suara Darth Vader. Suara Simba pula dilakonkan oleh Donald Glover, Scar adalah Chiwetel Ejiofor, Timon oleh Billy Eichner dan Pumba pula adalah Seth Rogen. Mengejutkan, Beyonce turut terlibat dalam filem ini sebagai Nala dan seorang yang terkenal dengan komedinya Keegan-Michael Key melakonkan suara musuh Simba – Kamari.

Filem ini pasti akan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Kemudian, filem ini turut popular kerana pengajaran yang terdapat dalam filem ini. Bagi mereka yang berminat dengan filem ini, nantikan di pawagam bermula tahun hadapan. Lion King akan ditayangkan pada Julai 2019, iaitu selepas 25 tahun 1 bulan sejak Lion King 1994 ditayangkan.


TIPS & ULASAN