Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Pertama Gotham Musim Akhir Dipertontonkan – Berjudul ‘Legend Of The Dark Knight’

Video Acah Pertama Gotham Musim Akhir Dipertontonkan – Berjudul ‘Legend Of The Dark Knight’

Diterbitkan pada November 14, 2018 oleh .

Siri TV DC boleh dikatakan mengelirukan. Ini kerana, setiap siri adalah berlainan dunia. Contoh, siri TV DC yang diterbitkan oleh CW adalah dunia Arrowverse dan tiada kaitan dengan filem DC, DCEU. Kemudian, Gotham pula masih menjadi tanda tanya – adakah ia di dalam dunia DCEU yang sekarang, Arrowverse atau dunia pada zaman Batman Trilogy?

Hari ini, video acah Gotham musim akhir telah dipertontonkan. Menarik sekali ia berjudul ‘Legend Of The Dark Knight‘. Berdasarkan judul ini, adakah persoalan dunia mana siri TV Gotham ini terjawab? Bagi yang tidak mengikuti siri TV Gotham, musim terakhir banyak memfokuskan watak Bruce Wayne, Jeremiah (penggalak penjenayah yang memberi inspirasi buat kelahiran Joker), The Riddler, Penguin dan juga sejarah kelahiran Batman.

Gotham – Legend of The Dark Knight akan mula ditayangkan pada 3 Januari 2019. Ia mempunyai sebanyak 12 episod dan pasti bakal membuat peminat teruja.


TIPS & ULASAN