Informasi Permainan Video Terkini
Stan Lee Meninggal Dunia Pada Umur 95 Tahun

Stan Lee Meninggal Dunia Pada Umur 95 Tahun

Diterbitkan pada November 13, 2018 oleh .

Stan Lee adalah seorang penulis komik yang terkenal. Beliau lebih dikenali dalam komik-komik Marvel. Stan Lee turut terkenal sebagai watak penampilan khas dalam hampir semua filem dan drama Marvel. Berita sedih buat peminat komik, filem dan drama Marvel – Stan Lee kini meninggal dunia pada umur 95 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir beliau pagi tadi.

Bagi mereka yang hanya mengenali Stan Lee sebagai watak penampilan khas, bukan itu sahaja kejayaan beliau atau bukan itu sahaja cara beliau meraih populariti. Beliau mula menceburi bidang hiburan ini pada tahun 1939 dan telah mencipta dan/atau mencipta-bersama komik Black Panther, Spider-Man, X-Men, Thor, Iron Man, Fantastic Four, Incredible Hulk, Daredevil, Ant-Man dan banyak lagi watak lain.

Beliau kerap bekerjasama dengan Jack Kirby dan Steve Ditko. Penampilan khas beliau yang paling terbaru adalah dalam permainan dunia terbuka Spider-Man. Beliau muncul dalam bentuk watak animasi 3D dalam adegan yang menyentuh hati. Untuk filem pula, mungkin Captain Marvel dan Avengers yang akan datang adalah filem terakhir yang beliau akan muncul.

Kelak di masa hadapan, pasti ramai akan mula mencari watak beliau di dalam drama atau filem.


TIPS & ULASAN