Skip to main content

Buku The Jungle Book karya Rudyard Kipling ialah karya klasik yang telah banyak kali diadaptasi menjadi filem animasi dan aksi nyata sejak diterbitkan pada tahun 1894. Adaptasi animasi Disney mungkin yang paling dikenali ramai kerana sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Mowgli ialah sebuah lagi filem adaptasi aksi nyata tetapi dengan sentuhan pengarah Andry Serkis yang lebih dikenali sebagai Gollum dari trilogi LOTR.

Di acara See What’s Next yang sedang berlangsung di Singapura, filem ini disahkan boleh distrim eksklusif menerusi Netflix pada 7 Disember ini. Pada asalnya filem ini mensasarkan tayangan pada tahun 2016 tetapi ditangguhkan bagi menjalani proses pasca-produksi. Tidak seperti adaptasi yang lain, Mowgli menjanjikan penceritaan yang lebih dewasa dan serius menjadikannya lebih asli kepada karya asal Kipling. Filem ini dibintangi pelakon ternama seperti Christian Bale, Cate Blanchett, Naomi Harris, Frieda Pinto, Benedict Cumberbatch dan Andy Serkis.

Leave a Reply