Microsoft Merancang Untuk Menyediakan Perkhidmatan Game Pass Bagi PC

Xbox Game Pass merupakan perkhidmatan langganan yang disediakan oleh Microsoft untuk pengguna Xbox One. Dengan membayar $9.99(~RM41) sebulan, pemain dapat mengakses lebih 100 permainan.

Servis yang dipanggil sebagai Netflix untuk permainan video ini adalah terhad untuk Xbox One dan PC hanya terhad untuk permainan yang dikeluarkan oleh mereka sahaja.

Ketika earning call hari ini, CEO Microsoft Satya Nadella mengatakan industri permainan untuk Microsoft telah berkembang dan mereka ingin meneruskan perkembangan tersebut. Oleh sebab itu, beliau mengatakan perancangan sedang di buat untuk membawa perkhidmatan Game Pass ke PC.

Dengan perancangan ini, ia memperlihatkan fokus Microsoft untuk industri permainan PC. Dengan adanya perkhidmatan seperti Game Pass sudah semestinya akan lebih merancak persaingan yang makin bertambah sekarang.

Sohor Kini