Informasi Permainan Video Terkini
Red Dead Redemption 2 Akan Mempunyai Aplikasi Sokongan Di Peranti Pintar

Red Dead Redemption 2 Akan Mempunyai Aplikasi Sokongan Di Peranti Pintar

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Red Dead Redemption 2 semakin menghampiri tarikh pengeluaran, anda yang sudah pra-tempah permainan tersebut secara digital mungkin sudah siap memuat-turun dan memasangnya.

Hari ini, Rockstar mengumumkan yang aplikasi sokongan bagi Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan pada hari pelancaran untuk iOS dan Android.

Melalui aplikasi sokongan ini, pemain akan dapat mengakses peta yang penuh untuk permainan ini. Ia juga dapat memperlihatkan HUD semasa anda bermain. Dengan kata lain, anda boleh bermain tanpa mempunyai HUD di paparan utama dan melihatnya di telefon pintar.

Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan pada 26 Oktober ini untuk Playstation 4 dan Xbox One, seperti kami laporkan sebelum ini, ia memerlukan ruangan storan yang besar. Bagi pemain yang membeli secara digital anda boleh memuat turun lebih awal bermula 12 tengah hari esok.


TIPS & ULASAN