Informasi Permainan Video Terkini
Produksi Filem Solo The Flash Tertunda – Mungkin Tiba Pada Tahun 2021

Produksi Filem Solo The Flash Tertunda – Mungkin Tiba Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Variety hari ini melaporkan yang produksi filem solo The Flash yang akan dilakonkan oleh Ezra Miller tertunda. Ia sepatutnya bermula pada tahun ini tetapi berdasarkan perkembangan terbaru ia mungkin bermula pada akhir tahun 2019.

Antara sebab yang dinyatakan adalah penulisan skrip yang masih tidak selesai serta penglibatan Ezra Miller di dalam filem kedua untuk Fantastic Beast and Where to Find Them. Dengan permulaan yang lebih lewat ini, jangkaan terdekat untuk filem ini dikeluarkan adalah pada tahun 2021.

Filem The Flash ini adalah sebahagian DC Extended Universe (DCEU) ataupun Worlds of DC yang sebelum ini juga mempunyai masalah untuk filem solo bagi watak Batman yang dikatakan mungkin tidak akan dilakonkan oleh Ben Affleck.

Filem-filem seterusnya yang bakal tiba untuk DCEU adalah Aquaman pada Disember ini, manakala Shazam dan Wonder Woman akan tiba pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN