Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Filem Dragon Ball Super: Broly Dipertontonkan

Video Acah Filem Dragon Ball Super: Broly Dipertontonkan

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Dragon Ball Super: Broly adalah filem animasi terbaru buat siri Dragon Ball. Filem ini akan memfokuskan kisah silam Broly, Goku dan juga Vegeta.

Dalam video acah ini, ia memperlihatkan bapa kepada Vegeta – King Vegeta bangga diri, Bardock dan ibu Goku pula hanya mengharapkan nasib dari anaknya dan Paragus pula seolah ingin membalas dendam terhadap Broly. Menarik sekali, filem ini juga akan menunjukkan bagaimana Freiza bertemu dengan Saiyan – bersama-sama dengan King Cold.

Jika anda adalah peminat siri Dragon Ball, filem animasi prekuel ini adalah mesti ditonton. Ia akan ditayangkan secara eksklusif di Jepun pada 14 December tahun ini dan untuk Amerika Utara adalah 16 Januari 2019. Tiada lagi berita, jika filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan.


TIPS & ULASAN