Sudah banyak berita dan pengumuman mengenai Call of Duty: Black Ops 4 dikeluarkan. Kini Activision sekali lagi menerbitkan video acah baru. Video acah kali ini memfokuskan bentuk permainan di PC, di mana ia menyokong resolusi sehingga 4K dan 60 fps.

Selain daripada itu, Activision turut akan membuka percubaan permainan ini dalam bentuk Private Blackout Beta khusus untuk konsol Playstation 4 pada 11 September SEA. Manakala buat konsol PC dan Xbox One pula, versi beta akan mula pada 1 pagi 15 September SEA untuk yang sudah membeli versi digital sahaja.

Jika anda tidak lagi membeli atau membuat tempahan permainan ini, beta terbuka akan hadir pada sehari kemudian iaitu 16 September SEA. Pemain boleh log masuk ke akaun Battle.net dan mulakan muat turun dan main.

Sohor Kini