Square-Enix minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan jualan untuk permainan The Last Remnant di Steam pada 5 September jam 1 pagi (waktu Malaysia) ini.

Melaluinya, bagi versi fizikal dan juga digital permainan tersebut akan tidak lagi dijual, sekaligus akan dibuangkan melalui senarai permainan di Steam. Ketika artikel ini ditulis, permainan tersebut masih lagi dijual dengan harga RM22.99 di Steam. Namun, pihak Square-Enix tidak berkongsi kenapa permainan tersebut akan dihentikan jualannya di Steam.

Walaupun begitu, bagi mereka yang telahpun mempunyai permainan tersebut di dalam perpustakaan permainan mereka, pemain boleh mainkan permainan tersebut seperti biasa.

The Last Remnant merupakan permainan yang dibangunkan oleh Square-Enix pada 2008 lepas. Ianya merupakan permainan esklusif di Xbox 360 dan PC.

Sohor Kini