Chikorita adalah spesis Pokemon jenis rumput. Kebiasaannya ia boleh ditemui di kawasan Johto dalam dunia Pokemon. Kini bersempena dengan Hari Komuniti Pokemon GoChikorita boleh diburu oleh para pelatih Pokemon Go.

Ia hanya akan hadir dalam masa terhad iaitu selama tiga jam sahaja. Pada masa yang sama, jika anda menukarkan spesis Bayleef kepada Meganium – satu aksi khas boleh didapatkan (akan diumumkan kemudian). Menghangatkan lagi Hari Komuniti Pokemon Go ini, pelatih turut boleh mendapatkan 3× Catch XP.

Jika anda ingin cuba buru Chikorita, ia boleh diburu pada 22 September ini pada pukul 11:00 A.M. sehingga 02:00 P.M.

Sohor Kini