Kehadiran senjata baru dalam Fortnite pasti buat pemain seronok, kerana boleh hapuskan pihak lawan dengan pelbagai pilihan senjata. Dalam kemaskini tampalan v5.21 – Epic Games membawakan “Heavy Sniper Rifle“.

Heavy Sniper Rifle” adalah sejenis senapang yang berkuasa. Ia boleh mengurangkan nyawa musuh dari 150-157 mata. Manakala pada bangunan pula adalah sebanyak 1100 mata. Kehadiran senapang ini adalah pada mod pertempuran royal.

Selain itu, untuk mod perlawanan pula Epic Games membawa semula mod 50v50 untuk masa terhad. Lebih menarik, anda boleh gunakan peluncur untuk meluncur dari bangunan atau kawasan yang tinggi dan bukan lagi dari awal mula permainan sahaja. Tambahan lagi, Impulse Grenades, Bounce Pads, dan Launch Pads boleh didapatkan di serata kawasan permainan. Menghangatkan lagi permainan ini adalah – mod Sniper Shootout. Ia adalah mod pertempuran menggunakan senapang antara satu sama lain. Mod ini juga hadir dalam masa terhad.

Terdapat juga kemaskini lain yang membaiki serta menambahbaik permainan pertempuran royal ini. Anda boleh semak konsol, peranti atau PC anda untuk mula bermain Fortnite dengan kemaskini baru ini.

Sohor Kini