Informasi Permainan Video Terkini
5 Aksesori Terbaik Untuk Bermain Permua

5 Aksesori Terbaik Untuk Bermain Permua

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018 oleh .

Jika konsol seperti PlayStation 4, Xbox One atau Nintendo Switch mempunyai pelbagai aksesori untuk memberi perlindungan, memudahkan pengguna atau juga memberi pengalaman yang lebih mengasyikkan – tahukah anda untuk telefon pintar turut mempunyai aksesori mereka tersendiri. Di sini kami cadangkan beberapa aksesori yang menarik.

Picu Penembak

Permainan yang memerlukan aksi tembak menembak seperti PUBG Mobile atau Rule Of Survival – memerlukan pemain untuk menggunakan kedua-dua tangan untuk bermain. Satu tangan untuk menyasar dan satu lagi untuk menembak. Tetapi jika pemain tersebut adalah pemain yang tegar, menggunakan hanya tangan sahaja tidak lengkap. Jadi, kami di Aksiz mencadangkan penggunaan picu penembak.

Terdapat dua jenis picu penembak setakat ini. Pertama adalah jenis klip, di mana pemain boleh terus memasang pada telefon pintar dalam keadaan melintang. Ia akan berfungsi seakan butang butang bahu pada alat kawalan.

Jenis kedua adalah Picu Penembak dengan pemegang. Pemegang akan menambah cengkaman dan juga ianya adalah lebih ergonomik. Secara terus akan memudahkan pemain dan juga menjadikan pemain berasa lebih selesa.

Anda boleh dapatkan aksesori ini pada harga sekitar RM3 sehingga RM30 bergantung kepada jenis dan kualiti.

Beli Picu Penembak Ini Di Shopee

Power Bank

Kenapa perlukan power bank ketika bermain permua? Jawapannya mudah, ini adalah kerana – apabila anda sedang asyik bermain permua, contohnya PUBG Mobile dan anda musuh anda sudah pun kurang daripada 5 … peranti terpadam.

Anda bayangkan perasaan sedih, marah dan kecewa kerana tidak dapat untuk memegang takhta “Winner, Winner Chicken Dinner”?

Salah satu power bank yang kami cadangkan adalah Baozu M1 Smart Power Bank. Kenapa kami pilih power bank ini? Ini adalah kerana ia mempunyai satu sistem pintar yang menyokong pelbagai sistem pengecasan pantas. Antaranya adalah, Huawei SCP dan FCP, Oppo VOOC, OnePlus Dash, QC2.0, QC3.0, Samsung AFC dan banyak lagi.

Lebih menarik Power Bank ini mempunyai kapasiti 10000mAh dan terdapat juga pilihan pakej kabel pengecasan pantas serbaguna. Ia dijual secara rasmi pada harga RM139 sehigga RM152.

Dapatkannya Power Bank Baozu Ini Di Shopee

Alat Kawalan Nirwayar Dengan Pemegang

Jika kedua-dua jenis picu penembak tidak memuaskan hati, alat kawalan nirwayar biasa turut boleh jadi pilihan. Tetapi, walaupun alat kawalan ini kelihatan seperti biasa – ia sebenarnya sedikit unik. Alat kawalan nirwayar ini, selain daripada tambatan melalui bluetooth ia turut mempunyai pemegang terbina.

Alat kawalan jenis seperti ini adalah lebih efisyen. Kerana anda tidak perlukan pemegang atau cagak lain. Anda boleh terus menikmati permua dengan asyik tanpa hirau peranti terjatuh, sudut pandangan lari atau pemegang patah. Kerana alat kawalan dengan pemegang terbina adalah yang sepatutnya wujud dan popular sejak dulu lagi.

Bergantung pada jenama dan kualiti, anda boleh dapatkan alat kawalan seperti ini pada harga sekitar RM20 sehingga Rm100.

Beli Power Bank Ini Di Shopee

Aksesori Audio

Baik set fon telinga atau kepala atau juga pembesar suara, salah satu aksesori audio adalah benda wajib yang patut anda miliki. Ini kerana, tidak semua telefon pintar mempunyai pembesar suara stereo atau jenis audio yang memuaskan. Ada juga telefon pintar, lokasi pembesar suaranya akan ditutup oleh jari atau tangan pengguna ketika bermain permua.

Jika anda tidak gemar atau rimas jika ada sesuatu di kawasan kepala – set fon telinga/kepala anda boleh lupakan dan terus fokus pada penggunaan pembesar suara. Selain itu, pembesar suara juga adalah pilihan terbaik jika telefon pintar anda tiada bicu audio.

Tetapi jika anda lebih gemarkan pengalaman yang intensif dan peribadi, set fon telinga atau kepala adalah mesti. Anda boleh menjadi lebih fokus dan lebih mudah lupakan dunia realiti dan hanya fikir pada permua.

Aksesori audio yang benar-benar baik, anda boleh dapatkan set fon telinga berkualiti pada harga serendah kurang RM30 sehinggalah set fon kepala atau pembesar suara premium dengan harga mencecah lebih RM500.

Beli Set Fon Telinga JBL Ini Di Shopee

Beli Set Fon Telinga Pembatalan Hingar Xiaomi Type-C  Di Shopee

Cast

Skrin peranti kecil? Masih menggunakan saiz skrin 5-inci atau tidak puas dengan saiz skrin ketika bermain permua? Cast adalah penyelesaiannya. Terdapat pelbagai alat cast yang anda boleh temui di laman membeli belah atas talian.

Lebih menarik, anda boleh dapatkan pada harga serendah RM50.Tetapi jika anda memiliki televisyen dengan sokongan “Wireless Display” dan peranti anda turut boleh sokong – ia amat mudah. Anda boleh gunakan televisyen atau monitor sebagai skrin dan kawal menggunakan telefon pintar. Lebih ekstrem anda boleh jadikan peranti anda sebagai “konsol” dan sambungkan pada televisyen dan gunakan alat kawalan jauh nirwayar untuk mengawal dan bermain permua.

Langkah lain jika anda memiliki peranti mercu Huawei atau Samsung Galaxy – anda boleh nikmati permua dalam mod EMUI Desktop dan Samsung DeX dengan aplikasi/permua Android yang sudah dioptimasi untuk skrin besar.

Beli Google Chromecast Di Shopee

Beli Miracast Di Shopee


Penafian: Pautan yang disertakan mungkin mengandungi pautan affiliate


TIPS & ULASAN