Hari-hari bekerja, hari-hari sibuk, hari-hari letih, jadi bilakah masa untuk rehat, aktif sihat dan menjaga diri dengan baik? Pernah atau tidak anda terbayang – penjagaan diri secara “maya”?
Perkara ini kini menjadi kenyataan, kerana Bri Code dari Tru Luv iaitu studio daripada bekas pembangun permainan video Assassin Creed – telah hasilkan permua untuk iOS yang dinamakan #SelfCare. Permua ini memfokuskan penjagaan diri di dunia realiti dan juga “diri” di dalam permua tersebut.
Menurut pembangun, #SelfCare adalah penawar bagi dunia yang penuh dengan tekanan, gosip, isu yang pelbagai, ketakutan ketinggalan sesuatu (FOMO), dan lain-lain perkara negatif. Permua ini boleh dimainkan dalam masa beberapa minit untuk melakukan melakukan beberapa tugasan santai, bermeditasi, dan masuk ke bilik tidur maya untuk tenangkan diri. Selesai, pemain boleh kembali ke dunia realiti dan kembali hadapi cabaran hidup realiti dengan tenang.

Dengan antaramuka yang ringkas, mudah faham dan juga mudah dimainkan. Pemain boleh uji kesabaran diri dengan berlatih bernafas atau dengan kata lain mengharmonikan hidup yang penuh sengsara.
Walau bagaimanapun, aplikasi ini buat masa ini hanya hadir untuk iOS. Ia adalah percuma dan anda boleh dapatkannya hari ini. Jadi jika anda ingin mengharmonikan diri dan tenangkan diri – permua ini mungkin boleh membantu.