[Kemaskini – 27 Julai 2019] PUBG Mobile Lite kini boleh dimuat turun oleh pemain di Malaysia melalui Play Store.
[download]Play Store: PUBG Mobile Lite[/download]PUBG Mobile telah menjadi salah satu permua yang popular dikalangan ramai peminat permainan tembak-menembak diseluruh dunia. Permainan berkenaan sedia menawarkan pilihan grafik rendah ke tinggi ketika memulakan permainan berkenaan. Kini, selain daripada versi asalnya, penerbitnya turut hadir dengan sebuah lagi variasi permainan berkenaan yang lebih dioptimasikan untuk peranti dengan RAM rendah, iaitu PUBG Mobile LITE.
PUBG Mobile Lite menyasarkan bentuk permainan yang lebih pantas, dimana ia mengehadkan kepada 40 pemain, dan rekaan peta yang lebih kecil.
Selain daripada itu, penawaran lain adalah lebih kurang sama seperti permainan asalnya.
Buat masa ini, PUBG Mobile Lite hanya dilancarkan di Filipina sahaja. Kita mungkin melihat ia diperluaskan ke negara-negara lain tidak lama lagi.
[download]Muat-Turun PUBG Mobile Lite di Google Play Store[/download]