Informasi Permainan Video Terkini
Bee Simulator Diumumkan Untuk Playstation 4, Xbox One, PC Dan Switch

Bee Simulator Diumumkan Untuk Playstation 4, Xbox One, PC Dan Switch

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Permainan simulasi menjadi seekor haiwan mula dipopularkan oleh permainan video Goat Simulator yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

Kini, anda nampaknya berpeluang untuk menjadi seekor serangga pula dimana Varsav Game Studios minggu ini mengumumkan permainan Bee Simulator bakal tiba di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bee Simulator adalah permainan simulasi untuk kita sebagai manusia menjadi seekor lebah di alam digital.

Dalam permainan ini, pemain akan bersaing dengan lebah lain dalam mengumpul serbuk bunga, menari dan juga meneroka bandar New York. Permainan ini turut boleh dimainkan dalam mod multi-pemain.

Permainan ini akan hadir untuk PC, Playstation 4, Xbox One dan juga Nintendo Switch. Ia akan mula dijual pada penghujung 2018, manakala harga masih lagi belum diumumkan.


TIPS & ULASAN