League of Legends (LoL) dilancarkan pada tahun 2009, iaitu sudah 9 tahun lamanya. Mereka sudah pun berjaya dengan menjana beratus juta ringgit setahun serta kini mempunyai pekerja lebih 2500 orang.
Kini, Riot Games bercadang untuk membangunkan permainan MMO (Multi-Pemain Besar) – iaitu berbeza dengan LoL, permainan berdasarkan MOBA (Multi-Pemain Pertempuran Arena). Lebih kurang dua tahun lepas, mereka sudah pun membeli Radiant – satu studio pembangun yang memfokuskan permainan perlawanan dengan teknologi penyambungan rangkaian yang unik.
Should we build a MMO? Yay or nay? https://t.co/doZs8zkLNX
— Tryndamere (@MarcMerrill) July 25, 2018
Menurut mereka, permainan MMO yang mungkin akan dibangunkan ini adalah berbeza daripada MMO lain yang sudah berada di pasaran seperti World of Warcraft. Tiada lagi maklumat lain, seperti bentuk permainan, tema, tajuk atau sebagainya. Tetapi Riot mungkin akan mengumumkan tidak lama lagi.