Pelancaran permainan masa kini sering diperlihatkan pelancaran permainan pernambah-baikkan, edisi lengkap dan sebagainya di pasaran. Contohnya seperti setahun selepas pelancaran sesuatu permainan, pengeluar permainan akan melancarkan versi lengkap dengan kesemua DLC pada harga yang sama. Walaupun bentuk pemasaran ini bukanlah sesuatu yang baru, ianya masih lagi menguntungkan bagi sesetengah pengeluar permainan.
Terkini melalui laporan Venturebeat, jualan permainan video seperti versi GOTY, Complete, Remastered, Definitive, Legendary, Anniversary dan sebagainya meningkat sehingga 150% berbanding tahun lepas. Manakala, jualan permainan video pada awal pelancaran seperti edisi Standard, Base, Collector’s, Limited dan Special dilihat sedikit menjunam.
Contoh permainan Remastered adalah seperti Crash Bandicoot N.Sane Trilogy yang asalnya permainan teras tersebut dilancarkan untuk Playstation 1 lebih dari 20 tahun lalu kini mendapat versi pernambah-baikkan di Playstation 4, Switch, Xbox One dan juga PC. Hasil pelancaran permainan tersebut bukan sahaja terjual dengan tinggi di Playstation 4, malah di konsol Switch juga ia mendapat sambutan yang baik.
Selain itu, contoh permainan lain yang melakukan bentuk edisi lengkap pula adalah Destiny 2, yang hampir setahun permainan tersebut dilancarkan, kini Activision akan melancarkan satu pakej lengkap yang menyertakan DLC pernambahan sebelum ini.
Jadi, tidak dinafikan jika pembangun sering melancarkan semula permainan-permainan lama dengan versi tambahan kerana jualan permainan yang dihasilkan atau dipakejkan semula adalah lebih memberangsangkan. Ini juga disebabkan ianya lebih menjimatkan memandangkan pembangun tidak perlu menambah sebarang kandungan tambahan dan hanya melancarkan kandungan yang sudah pun dilancarkan sebelum ini secara bersama.
Tetapi, ini juga tidak bermakna permainan hak intelek baru mendapat sambutan yang rendah dimana kian hari kita juga sering melihat permainan-permainan baru yang mendapat hasil jualan yang tinggi.
Apa yang boleh kita simpulkan adalah, edisi-edisi lengkap yang dilancarkan tidak kira berapa lama selepas pelancaran edisi terasnya sememangnya mendapat sambutan yang tinggi oleh pemain.