Informasi Permainan Video Terkini
World Of Horror – Permainan Seram Bertemakan Visual Hitam Dan Putih Diumumkan

World Of Horror – Permainan Seram Bertemakan Visual Hitam Dan Putih Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Permainan RPG bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi Panstasz, cuba hasilkan satu permainan video lain daripada yang lain – dengan menghasilkan World of Horror, iaitu permainan RPG seram dengan visual berwarna hitam dan putih.

World Of Horror memfokuskan lima watak yang pemain boleh mainkan dimana setiap satunya mempunyai penceritaan dan perspektif yang berbeza. Pemain perlu menyelesaikan sebilangan misteri dan tekaria untuk meneruskan penceritaannya dimana setiap satunya pasti akan memberi satu pengalaman yang ngeri buat pemain.

Menurut pembangun, permainan ini di inspirasi daripada penulis Howard Phillips Lovecraft dan Junji Ito yang pastinya tidak mempunyai sebarang kejutan tipikal seperti permainan seram lain dan memfokuskan persekitaran dan suasana yang menyeramkan.

World of Horror dibangunkan oleh seorang pembangun sahaja, Panstasz dari Poland dan ia akan hadir untuk Switch, Playstation 4 dan juga PC bermula tahun 2019.


TIPS & ULASAN