Informasi Permainan Video Terkini
Niantic Mengambil-Alih Syarikat Permua Seismic Games

Niantic Mengambil-Alih Syarikat Permua Seismic Games

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Niantic, syarikat pembina permainan peranti mudah alih Pokemon GO dikatakan telah mengambil alih sebuah syarikat pembina permainan peranti mudah alih Seismic Games baru-baru ini.

Seismic Games dikenali untuk beberapa permainan mudah alih, terutamanya Marvel Strikeforce, sebuah RPG dimana pemain boleh bermain sebagai pelbagai watak dari siri Marvel, dan juga Blade Runner: Revelations, salah sebuah daripada beberapa permainan video yang menggunakan teknologi Google Daydream.

Baru-baru ini, Niantic mengumumkan bahawa mereka telah hadir dengan platform realiti gabungan Niantic Real World Platform dimana mereka memperlihatkan bagaimana mereka boleh membuat watak-watak didalam realiti gabungan tersebut kelihatan realistik.

Seismic mengatakan walaupun syarikat mereka telah diambil alih oleh Niantic, mereka masih boleh mengemaskini permainan-permainan ,mudah alih dibawah naungan mereka, tetapi skop tugasan mereka akan berubah kearah melakukan kemaskini dan penaiktarafan terhadap Niantic Real World Platform supaya ia lebih berkuasa dan mudah digunakan oleh pembangun parti ketiga seperti yang dikehendaki oleh Niantic.

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Amanz.


TIPS & ULASAN