Semalam kami melaporkan yang mod sementara playground untuk Fortnite akan hadir tidak lama lagi, hari ini melalui kemaskini terbaru untuk Fortnite anda bersama dengan rakan anda boleh mula mencuba mod ini.
Melalui mod playground ini anda bersama dengan 3 rakan anda boleh mencari barangan dan membina bangunan tanpa risau diserang oleh pemain yang lain.
Anda boleh bermain selama satu jam sahaja, selepas 55 minit bulatan kilat akan hadir dan anda dan rakan anda akan mati selepas 5 minit. Jika anda membina sesuatu yang hebat, kami nasihatkan anda untuk mengambil screenshot sebelum hilang untuk selamanya.
Ada 100 Llama yang mengandungi pelbagai barangan di dalam permainan akan ada di sekitar untuk anda mencari sambil membina. Jika anda boleh bertempur dengan rakan anda dan selepas terbunuh anda akan dihidupkan secara segera.
Mod ini akan ada buat sementara waktu sahaja, jadi pastikan anda mencubanya sebelum berakhir.