Skip to main content

Ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, Square-Enix juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi trailer terbaru buat Shadow Of The Tomb Raider yang mana ia memaparkan pelbagai misteri yang bakal terdapat buat permainan tersebut.

Trailer tersebut memaparkan pelbagai gerak geri aksi yang bakal ditempuhi oleh Lara Croft sepanjang permainan disamping bayangan api seakan satu tenaga. Namun, tak banyak yang dikongsikan dari segi kandungan penceritaan, akan tetapi kami di Aksiz tidak sabar untuk kembali mengembara bersama Lara di dalam permainan terbaru Tomb Raider ini.

Shadow Of The Tomb Raider merupakan permainan ketiga buat siri Tomb Raider yang diolah semula bermula dengan permainan Tomb Raider yang dilancarkan 2013 lepas. Kini permainan tersebut dibangunkan oleh Eidos Montreal bersama Crystal Dynamics.

Shadow Of The Tomb Raider akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 14 September ini.

Leave a Reply