Informasi Permainan Video Terkini
Jeff Kaplan Mengharapkan Cross-Platform Untuk Overwatch Menjadi Kenyataan
PC

Jeff Kaplan Mengharapkan Cross-Platform Untuk Overwatch Menjadi Kenyataan

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Blizzard di awal pengeluaran permainan Overwatch pada tahun 2006 mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjadikan Overwatch cross-platform disebabkan masalah yang mungkin tercetus terutama dari segi keseimbangan untuk pemain yang menggunakan alat kawalan berbanding tetikus dan papan kekunci.

Kini 2 tahun selepas Overwatch dikeluarkan, pengarah Overwatch Jeff Kaplan berdasarkan temubual beliau bersama dengan majalah Games tampaknya mengubah pandangan mereka mengenai cross-platform. Menjadikan Fortnite dan PUBG sebagai contoh, beliau mengatakan dua permainan tersebut memberi impak yang besar untuk dunia permainan dengan menyediakan fungsi cross-platform.

Beliau juga mengatakan teknologi dan keinginan sudah ada dan akan memberikan kesan yang baik untuk semua orang jika mempunyai platform yang lebih terbuka dan mengharapkan Overwatch juga akan mendapat lebih peluang untuk cross-platform. Mungkinkah kita akan mendapat Overwatch yang mempunyai fungsi cross-platform tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN