Riot baru-baru ini mengumumkan mod terbaru untuk permainan MOBA mereka League of Legends iaitu Clash. Mod ini merupakan kejohanan di-atas talian yang akan berlangsung selama tiga hari dan terbuka kepada semua pemain yang mempunyai tahap 30 ke atas dan sekurang nya Honor tahap 2.
Melalui mod ini, Riot berharap pemain dapat merasai keseronokan bermain secara berkumpulan melalui persekitaran kejohanan. Mod ini berlangsung pada setiap hujung minggu dan 2 kali sebulan.
Walaupun untuk masa ini Riot tidak berkongsi ganjaran yang akan diperoleh pemain melalui mod ini akan tetapi mereka mengatakan pemain akan mendapat ganjaran dengan menyertai mod ini.
Pemain yang berminat boleh mendaftar kumpulan anda bermula 20 Mei dan kejohanan pertama akan berlansung pada 25 Mei. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman rasmi untuk mod Clash.
[info]League of Legends Clash: Daftar[/info]