Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile Menambah Peta Permainan Kedua – Miramar

PUBG Mobile Menambah Peta Permainan Kedua – Miramar

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

PUBG Mobile merupakan salah satu permua Battle Royale menarik yang dimainkan ramai pemain seluruh dunia. Selepas hanya menawarkan satu peta permainan sahaja selama ini, kini hari ini pembangunnya turut menambah peta kedua permainan, iaitu Miramar.

PUBG Mobile

Melalui Miramar, ia menawarkan permainan dengan latar padang pasir – sekaligus menawarkan bentuk permainan lebih mencabar dan berbeza dengan peta permainan pertama.

Bagi anda yang aktif memainkan PUBG Mobile, boleh mengemaskini permainan anda hari ini, dan memainkan peta baru ini terus pada peranti mudah-alih anda. Bersama-sama pengenalan peta baru ini, PUBG Mobile kini turut memudahkan anda menjadi sepasukan dengan hanya memasukkan angka unik.


TIPS & ULASAN