Ruangan ulasan oleh pemain di Steam merupakan sesuatu yang baik, kami sering menggunakannya untuk mengetahui kualiti sesuatu permainan sebelum membelinya akan tetapi masalah utama ruangan ini adalah ada terlalu banyak ulasan dan tidak semua adalah berguna.

4 pengkaji dari Universiti Queen di Kanada minggu ini mengeluarkan laporan mereka selepas mengkaji lebih 10 juta ulasan yang terdapat di ruangan ulasan Steam.

Mereka melihat kesemua ulasan yang ditinggalkan untuk 6224 permainan yang dikeluarkan setakat awal tahun 2016 kecuali permainan yang mempunyai kurang pada 25 ulasan.

Berdasarkan kajian ini, berikut adalah antara rumusan menarik yang dibuat oleh mereka.

  1. Permainan akses awal menerima ulasan yang lebih panjang berbanding permainan penuh dan permainan akses awal juga lebih kerap menerima ulasan yang positif.
  2. Ulasan untuk permainan berbayar lebih panjang berbanding permainan percuma. Ini mungkin disebabkan pemain yang membayar untuk mendapatkan sesuatu permainan lebih membuatkan mereka ingin berkongsi pendapat mereka.
  3. Ulasan lebih banyak mengkritik rekaan permainan berbanding masalah di dalam permainan yang membawa maksud pemain lebih mementingkan kualiti permainan itu sendiri berbanding isu-isu teknikal.
  4. Pemain bermain sesuatu permainan secara median selama 13.5 jam dan ulasan negatif mempunyai masa permainan yang lebih pendek.

Ada pelbagai lagi perkara yang menarik dikongsi kan melalui kajian ini, anda boleh membaca penuh laporan tersebut melalui pautan ini. Ruangan di Steam adalah satu yang baik akan tetapi sukar untuk diguna pakai.

Sohor Kini