Sony Interactive Entertainment melalui penulisan di blog rasmi Playstation mengeluarkan senarai permainan yang paling banyak dimuat-turun di Playstation Store untuk bulan April.
Senarai yang dikeluarkan adalah permainan PS4, permainan PSVR, permainan percuma untuk dimainkan, permainan PS Vita, tema untuk PS4 dan permainan PS Classics. Untuk penulisan ini kami akan berkongsi permainan PS4 untuk senarai penuh anda boleh melayari blog Playstation menggunakan pautan di bawah.
Berikut adalah 10 permainan PS4 yang dimuat-turun terbanyak di Playstation Store untuk bulan April.
- God of War
- Far Cry 5
- MLB The Show 18
- A Way Out
- The Last Of Us Remastered
- Grand Theft Auto V
- Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands
- Minecraft: PlayStation 4 Edition
- Gang Beasts
- Madden NFL 18
Nampaknya tiga permainan yang mendapat muat-turun tertinggi bulan lepas mengekalkan susunan mereka iaitu Far Cry 5, MLB The Show 18 dan A Way Out cuma kedudukan merekan menuru kerana seperti dijangkakan ramai God of War mendapat tempat pertama.
Menariknya The Last of Us Remastered nampaknya masih mendapat sambutan kemungkinan besar semasa jualan promosi yang berlangsung di PlayStation Store. Manakala permainan Gang Beasts terus tersenarai untuk tiga bulan berturut-turut.