Informasi Permainan Video Terkini
Conan Exiles Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Sebelum Dikeluarkan Secara Rasmi
PC

Conan Exiles Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Sebelum Dikeluarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

Funcom iaitu pembangun kepada Conan Exiles minggu ini mengumumkan yang permainan ini sudah terjual melebihi 1 juta unit sebelum dikeluarkan secara rasmi.

Jumlah ini adalah hasil daripada pembelian semasa akses awal, dan juga pemain yang mempra-tempah permainan ini secara digital ataupun fizikal. Menurut Funcom lagi, Conan Exiles merupakan antara permainan mereka yang palin berjaya sepanjang 25 tahun syarikat mereka.

Conan Exiles merupakan permainan aksi dunia terbuka yang telah dilancarkan pada 8 Mei 2018 lepas untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.