Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini: The Flame In The Flood
PC

Permainan Percuma Hari Ini: The Flame In The Flood

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

The Flame in the Flood adalah permainan pengembaraan ketahanan hidup yang dibangunkan oleh The Molasses Flood iaitu pasukan yang pernah membangunkan siri permainan Bioshock.

Dikeluarkan untuk PC dan Xbox One pada tahun 2016 sebelum hadir untuk PS4 dan Nintendo Switch, permainan ini ditawarkan secara percuma oleh Humble Bundle bagi versi PC buat sementara waktu.

Anda akan mendapat kod untuk Steam oleh kerana itu akaun Steam diperlukan untuk memuat-turun permainan ini. Oleh kerana tawaran ini untuk jangka masa pendek iaitu akan berakhir pada 12 Mei 2018, pastikan anda mendapatkannya sebelum terlambat.

The Flame in the Flood


TIPS & ULASAN