Skip to main content

System Shock merupakan permainan penembak pandang pertama yang dikeluarkan pada tahun 1994 dan boleh dikatakan kegemaran ramai. Nightdive Studio pada Jun 2016 mengadakan kempen Kickstarter untuk membangunkan System Shock Remake. Kempen tersebut berjaya mendapat kutipan sebanyak $1,350,700 berbanding $900,000 yang menjadi sasaran mereka.

Kejayaan tersebut nampaknya terganggu apabila pada Februari tahun ini mereka mengumumkan pembangunan untuk permainan ini akan diberhentikan buat sementara waktu dan semestinya mencetus kerisauan untuk pemain yang sudah membayar melalui Kickstarter.

Kemudian pada April 2018, mereka mengumumkan yang pembangunan akan kembali diteruskan akan tetapi mengekalkan kepada idea asal mereka agak dapat mempercepatkan pembangunan. Kemudian melalui sesi soal jawab di Discord mereka mengatakan selain PC, PlayStation dan Xbox mereka akan membawa permainan ini kepada satu lagi platform yang popular.

Walaupun tidak dinyatakan platform apa tetapi tiada platform lain yang lebih popular berbanding Nintendo Switch. Walaupun dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun 2020, kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya.

Leave a Reply