Konami hari ini mengumumkan permainan bola sepak seterusnya, Pro Evolution Soccer 2019, atau lebih dikenali Winning Eleven 2019, akan dilancarkan pada 30 Ogos 2018 ini dan pra-tempahan bermula hari ini.
Menurut Konami, sejak pelancaran siri permainan tersebut pada tahun 1995, PES (Pro Evolution Soccer) merupakan permainan bola sepak yang sangat terkenal dan telah terjual melebihi 100 juta salinan sepanjang siri permainan tersebut.
Dengan berkonsepkan “Power of Football” buat permainan terbaru ini, pemain bukan sahaja akan menikmati bentuk permainan yang dikembangkan malah visual rekaan pemain bola sepak yang lebih realistik.
Pro Evolution Soccer 2019 akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada Ogos ini dimana mereka akan menyertakan 3 versi permainan tersebut iaitu Standard Edition, Beckham Edition dan Legend Edition. Setiap versi tersebut menyertakan sebilangan kandungan MyClub yang berbeza. Berikut adalah senarai kandungan tersebut.
Kini, Phillippe Countinho dari kelab bolasepak Barcelona merupakan duta global buat permainan tersebut dan beliau akan berada di muka hadapan permainan tersebut buat edisi Standard. Dimana edisi Beckham dan Legend akan menyertakan David Beckham.
Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan permainan tersebut, anda kini berupaya untuk membuatnya di mana-mana pengedar rasmi permainan ataupun di kedai atas-talian permainan mengikut platform bermula dengan harga RM199 bagi versi Playstation 4 dan RM195 bagi versi PC melalui Steam.